Profil

Penubuhan Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam, Universiti Malaya ditubuhkan dengan perakuan dan persetujuan Jawatankuasa Kewangan dan Majlis Universiti Malaya di mesyuaratnya pada 20 Disember 1979.  Unit Audit Dalam akan bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor (pentadbiran) dan Jawatankuasa Audit (fungsi). 

Peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam serta jawatankuasa yang terlibat juga diperjelaskan lagi di dalam surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertarikh 21 Julai 1998.  Surat Pekeliling itu bertajuk “Garis Panduan mengenai peranan dan tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan.